Sunday, December 30, 2012

ConsFood Yakim Jaya




Apabila bercakap tentang bahan-bahan bakeri, teman-teman malahan adik iparku (Anis@Home Bakery Chef) sering menyebut "Cuba cari di ConsFood". Sudah lama juga aku mendengar nama itu disebut-sebut namun masih belum ada kesempatan untuk ke sana.

Hari ini aku nekad ke tempat itu bukan kerana suka-suka tetapi ada misi yang perlu kulaksanakan. Aku ke ConsFood di Taman Yakim Jaya kerana janjiku kepada suamiku bahawa aku akan membuat Apple Pie Crumble untuk dihadiahkan kepada teman sekerjanya pada 2 Januari tahun depan. Niat asalku mahu membeli pie crust, epal dan vegetable shortening. Memang bahan-bahan itu kutemui. Namun setelah berada di pasar raya mini itu, aku dipukau oleh barangan sejuk beku yang ada terjual di sana. Keinginanku untuk mencicipi pepperoni dan chicken sandwich slice yang halal (agak sukar diperoleh di Sabah) akhirnya termakbul apabila kedua-duanya ada di Consfood.




Selain barangan sejuk beku, ConsFood juga terkenal dengan bahan untuk membuat kek, biskut dan pelbagai lagi peralatan bakeri. Kedai ini juga ada kafenya yang tersendiri. Cuma aku belum sempat menikmati rangkaian menunya yang dikatakan sedap itu.




- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, December 24, 2012

Akaun Facebook Ditamatkan


Hari ini aku nekad menamatkan akaun Facebook yang telah kubina sejak 4 tahun yang lalu. Penghijrahan harus dimulakan agar aku tidak mudah bosan dengan aktiviti bersosial secara maya ini.  Detik-detik yang berlalu kita perlu manfaatkan dengan sesuatu yang baharu dan segar. Mulai saat ini teman-teman sekalian bolehlah mengikutiku di Google+ dan Twitter sahaja. Salam hormat.

Friday, December 7, 2012

Enaknya Durian Kuning

Musim durian sudah tiba di Negeri di Bawah Bayu. Di sana-sini ada saja kelihatan longgokan durian sama ada di dalam van, lori atau kereta, atau di gerai-gerai tepi jalan. Yang murah, yang mahal, berbagai-bagai harga diletakkan mengikut kategori durian. Kalau kahwin!, mahal sedikit. Kalau nak yang murah, carilah durian lokal@kampung. Tapi yang paling uniknya di Sabah ini ialah durian kuning. Spesis durian jenis ini hanya terdapat di Borneo. Kepada mereka yang sudah merasai durian ini pastinya akan mengatakan "lebih enak daripada durian putih". Memang unik dan sedap. Ada yang berpendapat makan banyak manapun durian ini tidak mengapa kerana ia "tidak panas". Aku memang sukakan durian ini dari dahulu, kini dan selamanya. Gambar di atas itu ialah isi durian kuning yang dibelikan oleh suamiku dari Labuan.

 

Friday, October 12, 2012

5 Menu Kurangi Kolesterol


KEKACANG

OAT

MINYAK ZAITON

OMEGA 3 FATTY ACID

STEROL ATAU STANOL

Tuesday, October 9, 2012

Memartabat Sastera Kanak-kanak Melalui Program Bercerita

Pada 3-4 Oktober yang lalu, DBP Cawangan Sabah mengadakan Program Jom ke DBP di Kompleks DBP, Teluk Likas. Acara tahunan ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memartabatkan sastera kanak-kanak melalui aktiviti bercerita.
Pada kali ini penganjur mengundang Kumpulan Bercerita Kelip-kelip dari Kuala Lumpur. Sesi pagi hari pertama diserikan dengan sesi bercerita oleh kumpulan ini yang pesertanya terdiri dalam kalangan pelajar Tadika Ria Yayasan Sabah.

Pada sebelah petangnya dan keesokan harinya, diadakan sesi bengkel seni kraf tangan. Bengkel ini bertujuan untuk membimbing para pendidik menyediakan peralatan sokongan dalam sesi bercerita. Peserta bengkel terdiri dalam kalangan pendidik di IPG dan sekolah, serta petugas Perpustakaan Negeri Sabah.



- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, September 18, 2012

English Funny Language

We begin with a box, and the plural is boxes.
But the plural of ox become oxen, not oxes.
One fowl is a goose, but two are called geese.
Yet the plural of moose should never be meese.
You may find a lone mouse or a nest full of mice.
Yet the plural of house is houses, not hice.
If the plural of man is always called men.
Why shouldn't the plural of pan be called pen?
Is I speak of my foot and show you my feet.
And I give you a boot, would a pair be called beet?
If one is a tooth and a whole set are teeth,
Why shouldn't the plural of booth be called beeth?
Then one may be that, and there would be those.
Yet hat in the plural would never be hose.
And the plural of cat is cats, not cose.
We speak of a brother and also of brethren.
But though we say mother, we never say methren.
Then the masculine pronouns are he, his and him.
But imagine the feminine, she, shis and shim!
Let's face it - English is a crazy language.
There is no egg in eggplant nor ham in hamburger.
Neither apple nor pine in pineapple.
English muffins weren't invented in England.
We take English for granted, but if we explore its paradoxes,
we find that quicksand can work slowly, boxing rings are square.
And a guinea pig is neither from Guinea nor is it a pig?
And why is that writers write, but fingers don't fing?
Grocers don't groce and hammers don't ham?
Doesn't it seem crazy that you can make amends but not one amend?
If you have a bunch of odds and ends and get rid of all but one of them,
what do you call it?
If teachers taught, why didn't preachers praught?
If a vegetarian eats vegetables, what does a humanitarian eat?
We ship by truck but send cargo by ship.
We have noses that run and feet that smell.
We park in a driveway and drive in parkway.
And how can a slim chance and a fat chance be the same.
While a wise man and a wise guy are opposites.
You have to marvel at the unique lunacy of a language
in which your house can burn up as it burns down,
in which you fill in a form by filling it out,
and in which an alarm goes off by going on.


Saturday, September 15, 2012

Ceritera Sang Pulut Kuning

Hari ini 15 September 2012 ialah hari jadiku yang ke-44. Alhamdulillah ternyata Allah SWT masih memberikan aku kesempatan untuk menghirup udara bumi-Nya, serta kesempatan untuk terus beribadat kepada-Nya. Sempena mengingati hari kelahiran ini, aku memasak Pulut Kuning dan Rendang Ayam.

Rendam beras pulut bersama-sama serbuk kunyit beberapa jam

Kukus hingga separuh masak

Pulut yang separuh masak tadi digaulkan dengan pati santan, kemudian dikukus semula hingga masak

Ayam yang telah dipotong digaulkan dengan rempah rendang segera. Masak di atas api sederhana hingga ayam empuk

Tambahkan sedikit kerisik pada rendang. Gaul seketika dan angkat daripada api.

Pulut Kuning berserta Rendang Ayam yang telah masak



Friday, September 14, 2012

"Char Kuey Tiau" Penang Style


Ketika kaki ini dijejakkan ke bumi Seberang Perai, perkara pertama yang terlintas di benak ialah keinginan merasai keunikan makanan tempatan. Teman setugas mencadangkan supaya aku mencuba Char Kuey Tiau. Bagi melunasi keinginanku itu, aku dan rakan setugas sepakat pada malam kedua berkunjung ke medan selera di Bandar Perda. Destinasi kami ialah Tom Yam Sinar Harapan. Ternyata char kuey tiau yang dipesan amat sedap. Kelembutan mi kuey tiaunya yang digenangi kuah pekat, dan dibumbui dengan taugeh serta tiga ekor udang, memang menyelerakan. Inilah kali pertama aku menikmati char kuey tiau yang selama ini kuingatkan cara memasaknya sama seperti memasak kuey tiau goreng biasa. Rupa-rupanya char kuey tiau berkuah!



Kakitangan Persekutuan Negeri Sabah Berhari Raya

Peristiwa berlaku pada 6 September 2012, di Kompleks Pejabat Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah.










Tuesday, September 11, 2012

Bersiaran dari Pulau Mutiara

Hari ini masuk hari yang ke-2 aku berada di bumi Pulau Mutiara (Pulau Pinang). Hari ini hari pertama tugasanku sebagai juruaudit dalam Audit Bahasa Melayu bermula di DBP Wilayah Utara. Ini juga merupakan detik bersejarah buatku kerana sejak bertugas selama 20 tahun di DBP, inilah kali pertama aku memasuki bangunan pejabat wilayah ini.


Sebaik masuk, terlihat papan tanda selamat datang yang disertai dengan rasa dingin dan aman. Suasana tenang pejabat membuatkan jiwaku juga berasa tenang. Tugasnku sebagai juruaudit sepanjang hari ini berjalan dengan lancar bersama-sama rakan audit Encik Nadin Haji Salleh. Sebaik usai tugasan untuk hari ini, petang tadi kami sepakat mencari jeruk Pak Ali yang kiosknya ada di Tesco Extra. Usaha kami ternyata tidak sia-sia. Berkat kepakaran si pemandu (Encik Mazlan) dan kecanggihan GPS ipadku, kami berjaya menemui destinasi.


Sebaik tiba di kiosk Pak Ali, lantas kuborong jeruk-jeruk yang kuinginkan. Semuanya segar-segar belaka. Tidak perlulah menyeberang ke pulau semata-mata untuk mendapatkan jeruk. Pak Ali antara orang Melayu masa kini yang mengusahakan perusahaan jeruk buah yang pastinya halal.


Sama ada siap pek atau timbang, pilih sahaja. Jeruk pala, salak, mangga, kedondong, betik dan lain-lain. Pek jeruk campur pun ada.