Friday, April 13, 2012

Bila Agaknya Gardenia Sabah Seenak Gardenia KL?


Setiap kali belayar ke KL, ole-ole yang pasti akan dibawa balik ialah roti Gardenia. Rasanya bukan aku saja yang gian akan roti jenama ini, tetapi aku rasa semua warga Borneo pun sama sepertiku. Mahu dikatakan "Gardenia tidak ada di Sabah". Tidak juga! Roti Gardenia memang ada di Sabah. Malah kalau menurut sejarahnya (sumber dari mulut ke mulut), jenama Gardenia dikatakan berasal dari Negeri di Bawah Bayu ini. Namun hakikatnya, roti-roti keluaran Gardenia di KL ternyata jauh lebih sedap dan pelbagai rasa!


Gambar-gambar yang kutitipkan dalam blog ini antara produk keluaran Gardenia kegemaranku. Bagi peminat roti di Sabah, khususnya Kota Kinabalu, kami memang tidak mempunyai pilihan yang banyak. Hanya ada dua atau tiga bakeri yang bisa menghasilkan roti yang enak dan yang penting halal. Namun tetap tidak bisa menandingi keenakan Gardenia KL. Aku pun hairan, dalam senario kecanggihan teknologi kini dan pengetahuan ilmu pemakanan yang tinggi, Sabah masih jauh ketinggalan dalam penghasilan produk makanan yang diproses, khususnya produk bakeri. Jika anda pernah menetap di KL selama beberapa tahun, dan kemudian kembali semula ke Sabah, aku pasti anda akan tahu perbezaannya!



- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment