Wednesday, April 11, 2012

Memanjakan Diri dengan Skin Food


Kali pertama aku mendengar "Skin Food" disebut melalui mulut rakan penulisku Siti Rahmah Ibrahim sekitar Mei 2011 di Sandakan. Aku terpegun melihat perubahan wajah matangnya yang semakin menawan. Tidak lagi kering dan dipenuhi bekas-bekas jeragat. "Aku pakai Skin Food! Berbulan sudah ni!." Dia penuh yakin memberitahuku. Demi kenyataan itu, aku mengambil keputusan mengunjungi outlet Skin Food di 1Borneo Kota Kinabalu buat pertama kalinya pada Jun 2011. Rangkaian produk pertama yang kucuba adalah untuk kulit kombinasi (kering dan berminyak). Satu set lengkap pembersih, penyegar, pelembab, losyen UV dan bedak asas (BB) hampir mencecah RM200.00. Hingga kini, kurasakan pengorbananku itu amat berbaloi. Kuanggap harganya amat berpatutan kerana aku mengambil masa hampir 3 bulan untuk menghabiskan set pertamaku itu. Hasilnya, memang benar, kulitku dirawat dengan baik. Outlet di 1Borneo memang outlet kegemaranku. Setiap kali aku ke sana, pasti ada saja paket percubaan dititipkan secara percuma. Aku yakin, produk ini bisa memberikan kepuasan kepada kalian. Cubalah.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment