Wednesday, April 11, 2012

Menikmati Aroma Lotus Family Hotel


Ketika aku bertanya kepada rakan sekerjaku nombor telefon Hotel Nobel di Kuala Lumpur, dia dengan pantas menyuruh aku mencuba sebuah hotel baharu. "Eh! Cuba tinggal di Lotus Hotel! Baru lagi hotel tu. Senang mau shopping! Dekat stesen LRT!." Aku terpikat dengan kenyataan itu lantas meminta nombornya. Ya, sebaik aku menjejakkan kaki keluar dari Stesen LRT Masjid Jamek, ternyata hotel itu benar-benar strategik lokasinya. Walau tidak segah hotel mewah, kulihat ramai juga bapak-bapak dan ibu-ibu Arab menginap di sana.


Barangkali ia bisa meraih tumpuan kerana kedudukannya benar-benar di tengah-tengah kesibukan pelbagai bazar di Jalan Tuanku Abd Rahman. Begitu sibuk sekali warga kota berpeleseran hingga tidak perasan ada sebuah hotel kecil di situ.






Hiasan biliknya sederhana tetapi bersih dengan kelengkapan moden hampir menyamai hotel-hotel mewah yang lain. Jika bercakap tentang harganya, aku boleh katakan tidaklah terlalu murah, dan tidak juga terlalu mahal. Aku yakin kalian mampu menikmatinya. Jika kalian datang ke KL suatu waktu nanti, cubalah hotel ini, Lotus Family Hotel.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment