Wednesday, May 16, 2012
Sarapanku Sandwic Sardin
Pagi ini aku memikir-mikir apakah bekal yang akan kubawa sebagai sarapanku di pejabat. Seketika, aku teringat lauk Sardin Sambal yang kumasak buat hidangan makan malam semalam. Ya! Lauk yang berbaki itu bisa diolah menjadi suatu hidangan yang lazat. Kebetulan pula di dalam peti sejukku ada roti putih dan mentega lembut Naturel. Rasanya bahan-bahan itu sudah cukup bagiku untuk menyediakan beberapa keping sandwic yang ringkas namun berkhasiat buat mengalas perutku. Ada protin dan karbohidrat. Cukuplah! Lalu dengan sedikit upaya pada awal pagi tadi, aku memulakan operasiku membuat Sandwic Sardin!
Monday, May 14, 2012
Menatar Warga SKM Sabah
7-9 Mei 2012 - Seminggu sebelum tarikh ini, aku telah dihubungi oleh rakan akrabku, Zaiton Ismail. Beliau menawarkanku tugasan untuk memberikan ceramah bagi pihak Persatuan Linguistik Malaysia (PLM). Aku tanpa memikir panjang langsung menerima tawaran itu. Ya! Memang minatku memberikan ceramah, tetapi masa muda-muda dahulu (sebaik menamatkan pengajian di UM) aku menolak tawaran pakcikku untuk mengambil bidang keguruan. Alasanku mahu menceburkan diri dalam bidang lain. Tapi tampaknya apabila berada di DBP, aku tidak dapat lari daripada tugasku menatar dan mengongsikan ilmu tentang bahasa kebangsaan kepada umum. Dari saat itu, aku mula mencintai bidang ini. Alhamdulillah amanah yang diberikan oleh PLM kulunaskan sebaiknya. Seramai kira-kira 50 orang warga Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Sabah ditatar tentang penulisan rencana yang berkesan. Aku dibantu oleh Jasni Matlani yang memang mendalami bidang penulisan kreatif dan bukan kreatif.
Menatar dan mengongsikan ilmu yang ada di dada |
Para peserta dikelompokkan mengikut kumpulan bagi memudahkan perbincangan |
Boleh jadi pembaca Buletin Utama ni! |
Sesi malam agak santai dan banyak perbincangan |
Sesi pembentangan tugasan kumpulan. Kumpulan ini namanya "Wanita Maju". |
Bincang jangan tak bincang! |
Persembahan kumpulan yang berkaitan dengan kata terbitan |
Jasni memberikan ceramah |
Sebahagian buletin yang diterbitkan oleh SKM pelbagai cawangan |
Sibuk menyiapkan tugasan akhir iaitu penulisan rencana |
Friday, May 11, 2012
Hari Terbuka Armada
5 Mei 2012 - Cuti hujung minggu kuambil kesempatan untuk meluang masa mengunjungi Hari Terbuka Armada yang berpusat di Pangkalan Tentera Laut Teluk Sepangar. Cuaca yang panas dan kering tidak menghalang aku dan suamiku menapak ke lokasi pameran. Ini merupakan kali yang pertama bagiku mengunjungi tempat ini. Memang mengujakan kerana aku teringin sangat melihat (dan kalau boleh menaiki) Kapal Selam pertama Malaysia.
Padang yang cantik! |
Seronok juga tinggal di atas kapal ni. Astro pun ada! |
Salah sebuah kapal perang yang dipamerkan. Kepah? Kalau Dalus pun OK juga! |
PANAS...tapi pelawat tetap bersemangat. |
Berteduh sambil melepaskan lelah. |
MAGIK...kejap lagi suamiku mahu melenyapkan kereta gergasi ini dengan payungnya! |
Antara kereta yang dipamerkan. |
Aku disamping MAT SCUBA! |
Kapal Selam Malaysia tapi tak boleh masuk. |
Motosikal yang dipamerkan. |
Aku dan kereta idaman...oren lagi tu! |
Sebahagian lokasi pameran. |
Persembahan drift! |
Subscribe to:
Posts (Atom)