Tuesday, June 12, 2012
Disamun di Depan Rumah
Peristiwa hitam bertarikh 25 Mei 2012, bersamaan 4 Rejab 1433H, pada hari Jumaat. Kuterima dengan redha takdir-Nya. Tanpa sedarku, aku disamun di hadapan rumahku ketika aku bersiap-siap mengunci pintu pagar untuk ke pejabat pada pagi itu. Nasib baiklah hanya beg tangan yang di dalamnya terisi berbagai-bagai barang peribadiku yang penting. Nasib baiklah niat si pencuri tidak lebih daripada itu. Aku pula bersendirian di rumah kerana kebetulan suamiku bertugas di luar daerah. Ya Allah! Aku amat bersyukur kerana Engkau melindungiku daripada niat jahat si pencuri. Orang kata, biarlah harta kita hilang kerana harta itu bisa kita cari semula. Tetapi jika nyawa yang hilang, di manakah mahu dicari gantinya. Aku yakin ada hikmah tersembunyi di sebalik kejadian itu. Wahai teman-teman (khususnya kaum wanita), berhati-hatilah apabila kalian keluar dari rumah. Kita tidak tahu apa yang ada di luar sana yang sedang menanti peluang ke atas kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)