Monday, August 27, 2012

Kek Red Velvet

Mari kita cuba buat Kek Red Velvet. Ikuti saja cara mudah yang terdapat dalam video ini. Semoga berjaya!


Sunday, August 26, 2012

Doa Penghindar Angin Ahmar

Dipetik daripada blog Surau Al-Hikmah:

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya daripada penyakit lain. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Amalkanlah membaca Doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.

DOA MOHON DIJAUHI DAN DISEMBUHKAN DARI PENYAKIT ANGIN AHMAR








Friday, August 24, 2012

Salam Syawal

Hari ini masuk Hari Raya ke-6. Salam Syawal buat semua teman blogger. Kesibukan beraya menghambatku untuk menulis update di laman blog ini. Apapun semoga kalian ceria dan gembira menyambut Hari Raya pada tahun ini. Pada tahun ini aku berserta suami menyambut Hari Raya di rumah ibu di Tuaran.




Thursday, August 16, 2012

Majlis Iftar Dawama Sabah


14 Ogos 2012 - Dawama Sdn. Bhd. Cawangan Sabah telah mengadakan Majlis Iftar yang turut dihadiri oleh beberapa orang pegawai DBP, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan wakil pengedar buku DBP. Majlis sederhana ini diadakan di Bilik Sipadan, Hotel Le Meridien, dengan disulami dengan acara solat Maghrib dan Tarawih (8 rakaat). Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemputku.

Langkah demi Langkah: Biskut Pinata

























Wednesday, August 15, 2012

Golongan VIP di Akhirat


Rasulullah s.a.w menjelaskan suatu keadaan yang amat menggerunkan pada hari Kiamat dalam sepotong hadis baginda yang bermaksud ;

“ Didekatkan matahari pada hari Kiamat kepada makhluk sehingga jaraknya satu batu (sama ada ukuran sekarang atau akhirat), maka ketika itu manusia berada di dalam peluh masing-masing menurut kadar amalan jahat yang dilakukan. Ada di kalangan mereka yang mengharungi peluhnya sekadar buku lali, ada yang sampai ke lutut, ada yang sampai ke pinggang dan ada yang sampai ke mulutnya (sambil baginda   menunjukkan isyarat ke mulutnya).” Muslim & Tarmizi.

Pada saat ini, manusia mencari-cari tempat berteduh untuk berlindung daripada kepanasan tersebut. Segala harta kekayaan ketika di dunia dahulu sudah tidak dapat berfungsi kecuali yang telah dibelanjakan dengan cara yang diredhai oleh Allah. Walau bagaimanapun ada golongan ‘VIP’ tertentu yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w untuk mendapat ‘grand stand’ berbumbung pada saat genting itu. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda bersabda yang bermaksud; “ Tujuh golongan yang Allah akan naungi   mereka pada hari yang tiada teduhan melainkan teduhan yang diberikan oleh   Allah”.

Mereka ialah:

1) PEMIMPIN YANG ADIL
Golongan ini diletakkan pada senarai yang pertama kerana ia bakal melahirkan ramai lagi calon untuk mengisi enam golongan seterusnya. Di dalam kitab Dalil al-Faalihin, diterangkan bahawa makna adil ialah mematuhi segala perintah Allah dengan meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Pemimpin yang adil akan meletakkan Allah dan Rasulullah s.a.w sebagai rujukan utama di dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil. Golongan ini diketuai oleh Rasulullah s.a.w yang menjadi Perdana Menteri Negara Madinah selama 10 tahun, diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin dan setiap pemimpin yang berusaha mencontohi mereka di dalam kepimpinannya.

2) REMAJA YANG MEMBESAR DALAM KETAATAN
Usia remaja amatlah mencabar. Pelbagai pengaruh menghantui para remaja samada melalui rakan-rakan sebaya, media cetak, elektronik dan lain-lain. Jiwa remaja sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru terutamanya yang kelihatan menyeronokkan seperti mempunyai pasangan kekasih, merokok, merempit, berkaraoke dan pelbagai aktiviti yang ada kalanya menyebabkan kesan yang sangat negatif kepada masa depan mereka sendiri. Walaubagaimanapun di celah-celah keributan gejala sosial ini, masih ada remaja yang menjaga agama mereka. Mereka berkawan, berseronok, dan beraktiviti seperti biasa, namun batasan agama sentiasa dipatuhi. Halal dan haram menjadi pertimbangan terpenting dalam kehidupan sehingga ada kalanya dipandang asing oleh rakan sebaya. Mereka ini yakin dengan janji Rasulullah s.a.w bahawa naugan Allah sedang menanti di akhirat kelak sebagai ganjaran terhadap kekuatan ‘antibodi’ yang menepis segala pujuk rayu maksiat pada usia remajanya.

3) PENCINTA MASJID
Sepanjang sejarah Islam, ada golongan manusia yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Mereka sanggup berkorban apa sahaja yang dimiliki demi menghidupkan fungsi masjid di atas muka bumi ini. Setiap kebaikan yang berlaku di masjid pasti menggembirakannya dan sebarang usaha atau tindakan untuk mengganggu institusi masjid bakal menyentap emosi mereka secara spontan. Golongan ini mempunyai 5 sifat sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Taubah, ayat 16 iaitu keimanan yang kukuh kepada Allah dan hari Akhirat, serta sentiasa mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak pernah gerun di dalam menjalankan tanggungjawab agama, melainkan hanya kepada Allah.

4) DUA INSAN YANG BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
Berkasih sayang adalah soal hati. Ia merupakan suatu perasaan yang tidak boleh dilakonkan atau dibuat-buat oleh seseorang. Setiap insan pasti ada orang yang dikasihinya samada ahli keluarga, sahabat handai ataupun tokoh yang dikagumi. Persoalannya, atas dasar apakah kasih sayang itu dibina ? Sekiranya kerana wajah yang jelita, harta yang melimpah atau kepentingan-kepentingan duniawi yang lain, maka masih belum layak untuk mendapat naungan Allah di akhirat nanti. Perasaan mengasihi kerana Allah lahir apabila melihat seseorang yang sangat bersungguh di dalam mentaati Allah dalam segenap urusan hidupnya. Persahabatan terjalin sehingga menjadikan setiap pertemuan dan perpisahan sesudah itu adalah untuk urusan agama.

5) DIGODA BERZINA
Golongan kelima yang dijanjikan naungan Allah ialah seorang pemuda yang digoda berzina oleh perempuan yang cantik lagi berpangkat, lalu ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah !’. Nafsu dan keinginan orang muda pastinya sentiasa hangat, tambahan pula digoda oleh perempuan cantik lagi mengiurkan, di samping pangkat yang dimilikinya boleh dimanfaatkan untuk mengelak sebarang hukuman atau tindakan daripada pihak tertentu. Dalam keadaan ‘line clear’ ini, anak muda tersebut masih ada Allah di hatinya lalu dengan tegas membuktikan kegerunannya terhadap murka Allah mengatasi gejolak nafsunya. Ia pasti bersama panji Nabi Yusof a.s di akhirat kelak bersama para bidadari yang disediakan oleh Allah.

6) MENYEMBUNYIKAN SEDEKAH
Ada insan yang sentiasa berurusniaga dengan Allah. Pelaburannya sentiasa dijuruskan untuk mendapat ‘profit’ akhirat yang kekal abadi lalu sentiasa bermujahadah untuk mencapai martabat kemuncak keikhlasan sehingga Rasulullah s.a.w mentamsilkan bersedekah tangan kanan, tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan. Tidak pernah terdetik di hati untuk mendapat pujian daripada manusia sekeliling sehingga menyebabkan nilai pahalanya begitu tinggi walaupun jumlah sedekahnya kecil pada penilaian manusia. Apatah lagi ketika mereka bersedekah dengan jumlah yang besar di samping hatinya yang sangat suci, pastinya melayakkan mereka di akhirat nanti untuk bersama para hartawan dari kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w.

7) MENGINGATI ALLAH SEHINGGA MENITISKAN AIR MATA
Golongan terakhir ialah insan-insan yang begitu tekun bermuhasabah tentang diri mereka sehingga menitiskan air mata di kala berseorangan. Mereka memikirkan dosa-dosa lampau dan juga betapa banyaknya perintah Allah yang belum tertunai. Si ayah dan ibu memikirkan anak-anaknya yang tidak menunaikan solat dan tidak menutup aurat, si peniaga yang teringatkan tipu helahnya dalam melariskan jualan, si anak mengimbau dosa-dosa terhadap kedua ibu bapanya dan pelbagai situasi lagi yang akhirnya menyebabkan mutiara-mutiara jernih mengalir di pipi, semata-mata kerana Allah.

Sumber: http://ustazsyed.blogspot.com/

Rezeki Cupcake


Pagi-pagi lagi ada orang yang datang ke pejabat menjual cupcake. Biasanya yang datang masa-masa begini ialah penjual kek lapis Sarawak. Namun tak nampak pula kelibat si penjual kek ni! Sekarang ni, menjual barangan tidak semestinya ada kedai. Jikalau rajin dan mahu mengurangkan kos, barangan boleh dijual secara mobile (bergerak) macam si penjual cupcake ini. Sekurang-kurangnya dia hanya penat memandu dan mempromosikan jualannya. Tetapi tetap berbaloi. Cupcake perisa kek vanila dan kek chocolate moist dijual pada harga RM6/pek yang di dalamnya ada 3 biji cupcake. Jikalau beli 2 pek, dapat diskaun RM2. Bolehlah.

Tuesday, August 14, 2012

Kartu Raya untuk Para Sahabat


Mod Raya!

Tinggal 4 hari lagi tirai Ramadan 1433H bakal dilabuhkan. Mudah-mudahan saja Allah SWT terus memberikan kesempatan kepada kita untuk menemui Ramadan akan datang. Semakin terasa suasana sambutan Aidilfitri. Di sana sini orang khususnya umat Islam semakin sibuk membuat persiapan. Kalau nak ke pusat bandar raya ketika ini memang payah dek kesesakan jalan raya yang luar biasa. Kota Kinabalu tidaklah sebesar mana pun. Tetapi kesibukan warga kota dan luar kota menyebabkan bandar raya dalam suasana yang amat sibuk. Di pejabat pula, rakan taulan sudah sibuk menghias ruang pejabat masing-masing. Kata mereka "saja mahu menghilangkan keletihan berpuasa sepanjang hari", "saja mahu hilangkan rasa kantuk".





Thursday, August 2, 2012

Patah Tumbuh, Hilang Berganti

Saat yang agak menyedihkan apabila suamiku memaklumkan bahawa kucingku Reko telah hilang. Ketika itu sekitar pertengah Julai, aku berada di Kuala Lumpur atas satu tugasan selama 6 hari. Suamiku sendiri tidak sedar bila kucing itu hilang. Memang aku sayang pada Reko. Mendapatkannya bukanlah mudah kerana kucing itu agak liar setelah sekian lama berada di luar rumah bersama-sama ibunya. Jariku luka digigit gara-gara mahu menangkap Reko. Namun kini kehilangannya tidak diratapi lama kerana kini aku sudah mendapat gantinya. Terima kasih atas ehsan seorang teman. Kunamakan kucing yang baharu ini Reko Jr.

Reko
Reko Jr
 

Salam Ramadan


Salam Ramadan wahai teman blogger. Hari ini masuk hari ke-13 kita menunaikan ibadah puasa. Mudah-mudahan sahaja ibadah kita pada tahun ini mendapat keberkatan Ilahi, dan segala dosa kita diampunkan-Nya. Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada 6 Ogos 2012, bersamaan 17 Ramadan 1433H.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti mana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 selepas keputeraan Nabi Muhammad SAW. Ketika itu baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan pada 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran ialah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah sebanyak lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Bersama-samalah kita mengimarahkan peristiwa ini dengan membaca dan menghayati kandungan Al-Quran. Wassalam.