Hari ini 15 September 2012 ialah hari jadiku yang ke-44. Alhamdulillah ternyata Allah SWT masih memberikan aku kesempatan untuk menghirup udara bumi-Nya, serta kesempatan untuk terus beribadat kepada-Nya. Sempena mengingati hari kelahiran ini, aku memasak Pulut Kuning dan Rendang Ayam.
|
Rendam beras pulut bersama-sama serbuk kunyit beberapa jam |
|
Kukus hingga separuh masak |
|
Pulut yang separuh masak tadi digaulkan dengan pati santan, kemudian dikukus semula hingga masak |
|
Ayam yang telah dipotong digaulkan dengan rempah rendang segera. Masak di atas api sederhana hingga ayam empuk |
|
Tambahkan sedikit kerisik pada rendang. Gaul seketika dan angkat daripada api. |
|
Pulut Kuning berserta Rendang Ayam yang telah masak |
No comments:
Post a Comment