Perkara lazim yang kulakukan apabila sedang berehat di rumah pada hujung minggu ialah mengemas teratak indahku di Taman Bukit Sepangar. "Rumahku, Syurgaku" itulah ungkapan yang sering menjadi inspirasi untukku agar sentiasa menjaga kebersihan dan keselesaan rumahku. Hari ini seperti biasa aku melakukan operasi lazimku itu. Kali ini sasaranku ialah peti sejuk. Peti sejuk lazimnya digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis makanan basah dan juga kering. Peti ini juga digunakan untuk menyimpan lebihan makanan yang tidak habis digunakan. Bayangkanlah jika tidak ada peti sejuk, tentunya kehidupanku akan huru-hara. Apapun perlu diingat, lebihan makanan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk (bukan sejuk beku) melebihi 3 hari kerana dibimbangi makanan tersebut dihuni oleh bakteria yang akan menyebabkan keracunan makanan. Walau sesedap manapun makanan itu, jika sudah lama berada di dalam peti sejuk, hendaklah dibuang! Maka itulah yang kulakukan hari ini. Mana-mana makanan yang terlupa kumakan sejak beberapa hari yang lalu, terpaksalah kubuang semuanya.
No comments:
Post a Comment