Pada 3-4 Oktober yang lalu, DBP Cawangan Sabah mengadakan Program Jom ke DBP di Kompleks DBP, Teluk Likas. Acara tahunan ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memartabatkan sastera kanak-kanak melalui aktiviti bercerita.
Pada kali ini penganjur mengundang Kumpulan Bercerita Kelip-kelip dari Kuala Lumpur. Sesi pagi hari pertama diserikan dengan sesi bercerita oleh kumpulan ini yang pesertanya terdiri dalam kalangan pelajar Tadika Ria Yayasan Sabah.
Pada sebelah petangnya dan keesokan harinya, diadakan sesi bengkel seni kraf tangan. Bengkel ini bertujuan untuk membimbing para pendidik menyediakan peralatan sokongan dalam sesi bercerita. Peserta bengkel terdiri dalam kalangan pendidik di IPG dan sekolah, serta petugas Perpustakaan Negeri Sabah.
- Posted using BlogPress from my iPad