Perjalanan dari JB Sentral ternyata tidaklah semudah yang dijangkakan. Perit juga rasanya berbaris menunggu bas transit dari JB Sentral ke Woodland. Dan sekali lagi keperitan itu dirasai semasa menunggu bas transit dari Woodland ke MRT Kranji. Inilah pertama kali dalam hidupku melihat keligatan manusia yang masuk dan keluar melalui pintu imigresen di JB Sentral dan Woodland. Namun pengalaman itu tetap indah kerana ia tidak dapat dibeli di mana-mana. Maka dari Stesen Kranji, perjalanan kami menapak bumi Kota Singa bermula.
Pintu masuk ke Pulau Sentosa |
Pelbagai pilihan menu. Pastinya HALAL hanya di ViVo City |
Mengabadikan kenangan di depan Globe Universal Studio Singapore |
Peminat Sesame Street pasti sukakan ini! |
Kempunan! Malangnya hari ini Battlestar Galactica rosak. Tidak dapatlah merasai keterujaan roller coasternya. |
Macam dalam filem The Mummy! |
Disebabkan sesak oleh pengunjung, kami membatalkan niat masuk ke taman tema ini. |
Taman tema yang paling kugemari. TRANSFORMER! |
Berada di dalam sarang Transformer! |
Menunggu giliran menaiki keretapi Treasure Hunter di taman tema Mummy. Malangnya disebabkan hujan lebat, perjalanan keretapi tergendala. |
Sebahagian besar permainan di taman tema ini juga ditutup berikutan hujan lebat. |
Akhirnya berpeluang juga naik Dragon Roller Coaster di taman tema Shrek. |
Merakam potret berlatarkan salah satu mercu tanda di Singapura. |
Ikon kemegahan Kota Singa! |
No comments:
Post a Comment