Makan angin atau berjalan-jalan merupakan terapi yang baik untuk diri. Tidak jadi hal kalau tidak mahu shopping...cuci mata saja pun memadai. Projek kali ini, aku dan si abang menapak jauh sedikit...iOi City Mall.
|
Pertama kali sampai di gedung ini. Seingatku 4 tahun lalu, tapak ini masih dihuni hutan. Disebabkan kali pertama, berputar-putar juga mencari pintu masuk ke ruang parkir. |
|
Kebetulan pula sedang berlangsung persembahan Tarian Singa...sempat menjenguk dari Aras 1. |
|
Sebenarnya mahu mencari Surau. Alhamdulillah jumpa juga di Aras 2. |
|
Apa ni? Sengaja mahu mencuba menu lain daripada yang lain untuk lunch. Makan tengah hari kami di Food Junction Aras 2. Aku memilih makanan K-Pop@Korea. Nah yang ini ialah Bulgogi (sup daging lembu) yang dihidangkan dengan nasi. Kuah supnya agak pekat, di dalamnya ada hirisan daging serta banyak bawang, dan rasanya sedikit manis. |
|
Ini pula bahan sampingan yang dihidangkan bersama-sama Bulgogi. Sayur kimchi (sedap juga!) dan kentang putar. |
|
Dalam perjalanan balik, menyinggah pula di TESCO Ampang. Minum sekejap di Restoran Nasi Kandar Kampong Pandan (di luar TESCO). |
No comments:
Post a Comment