Thursday, August 2, 2012
Salam Ramadan
Salam Ramadan wahai teman blogger. Hari ini masuk hari ke-13 kita menunaikan ibadah puasa. Mudah-mudahan sahaja ibadah kita pada tahun ini mendapat keberkatan Ilahi, dan segala dosa kita diampunkan-Nya. Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada 6 Ogos 2012, bersamaan 17 Ramadan 1433H.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti mana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 selepas keputeraan Nabi Muhammad SAW. Ketika itu baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan pada 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran ialah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah sebanyak lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Bersama-samalah kita mengimarahkan peristiwa ini dengan membaca dan menghayati kandungan Al-Quran. Wassalam.
Labels:
Peristiwa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment