Tuesday, August 14, 2012

Mod Raya!

Tinggal 4 hari lagi tirai Ramadan 1433H bakal dilabuhkan. Mudah-mudahan saja Allah SWT terus memberikan kesempatan kepada kita untuk menemui Ramadan akan datang. Semakin terasa suasana sambutan Aidilfitri. Di sana sini orang khususnya umat Islam semakin sibuk membuat persiapan. Kalau nak ke pusat bandar raya ketika ini memang payah dek kesesakan jalan raya yang luar biasa. Kota Kinabalu tidaklah sebesar mana pun. Tetapi kesibukan warga kota dan luar kota menyebabkan bandar raya dalam suasana yang amat sibuk. Di pejabat pula, rakan taulan sudah sibuk menghias ruang pejabat masing-masing. Kata mereka "saja mahu menghilangkan keletihan berpuasa sepanjang hari", "saja mahu hilangkan rasa kantuk".





No comments:

Post a Comment