Sunday, April 12, 2015

Walimatul Urus Pn. Aishah Salleh

Memotretkan kenangan bersama-sama YBhg. Datuk Dr. Awang Sariyan (KP DBP) berserta isterinya YBhg. Datin Jaminah Hashim (Pengerusi PUSPANITA DBP)

Sunday, March 29, 2015

Monday, March 2, 2015

Ujana Buku DBP Menyantuni Masyarakat

Inisiatif baharu DBP ini dijangka akan dapat memacu pengedaran ilmu pelbagai bidang dalam bahasa Melayu di Malaysia

Bahasa Jiwa Bangsa

Kemeriahan sekitar Majlis Prapelancaran Ujana Buku DBP di laman Menara DBP

Thursday, February 19, 2015

Gong Xi@Mid Valley

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga Malaysia. Masa yang terluang diisi dengan aktiviti santai sambil makan angin bersama-sama si abang.

Tak pernah dilepaskan peluang jika terjumpa outlet Auntie Anne's di mana-mana.

Macam biasalah, si abang yang sukakan Cinnamon Sugar pritzel!

Gong Xi Fa Chai! Lai...lai!

Bagi melengkapkan sambutan kali ini, nah mari kita makan yang ini.

Best juga ceritanya...tidak rugi pergi menonton tayangan khas sempena Tahun Baru Cina.

Ayoyo! Mari naik basikal tua.

Tahun Kambing dipercayai membawa keamanan dan ketenangan!

Sunday, February 15, 2015

Lanjutan Episod Aktiviti Hujung Minggu

Episod kali ini lokasinya di Pavilion KL.

Jejak kaki menuju Pavilion KL. Suasana semakin meriah sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Pintu masuk ke gedung ini dihiasai dengan puluhan tanglung berwarna merah garang.

Sempat mengabadikan potret di pintu masuk. Ada gaya macam berada di Tanah Besar Cina ke?

Malah di ruai utama Pavilion juga dihiasi dengan tanglung. Agaknya "ong" banyak dalam tahun kambing ini!

Tujuan utama ke Pavilion sebenarnya mahu menonton wayang di Golden Screen Cinema (GSC). Inilah kali pertama kami berkunjung kembali ke pawagam ini sejak kembali ke KL pada Ogos tahun lepas.

Jupiter Ascending (3D)

Nak menonton filem 3D, perlu ada cermin mata khas!

Menikmati Mango + Durian gelato sementara menunggu masa untuk memasuki panggung. Emmm sedaaaap! Rasa sejati buah!

Sebaik saja selesai menonton wayang...kami terus ke Food Republic mencari makan untuk mengisi perut yang mula berkeroncong. Pilihanku kali ini ialah Laksa Sarawak. Kerinduan ditebus jua akhirnya.

Sebelum balik, tidak sah rasanya jika tidak singgah di Lavender. Di sini terjual pelbagai jenis roti yang dibungkus dalam pek yang comel-comel belaka.

Mini Fortune - roti mentega lembut berintikan kastad manis.

Mini Cranberry Earl Grey Scone - kegemaranku.

Soft Raisin Ball - lembut, berperisa dan banyak kismis di dalamnya.

Saturday, February 14, 2015

Mengganti yang Lama

Yang lama tidak dilupakan. Yang usang tetap disimpan.

Seterika ini kuwarisi dari Hajah Asmiah Ajamain saat aku mula menghuni Bumi Kenyalang pada Februari 2014. Walaupun usang, jasanya tetap ada dan tetap dikenang.

Sudah lama juga aku ingin membeli seterika wap jenama Tefal ini bagi menggantikan seterika yang sama dengan jenama yang sama (cuma model berbeza) yang sudah rosak dek digunakan sejak 6 tahun lalu. Kesempatan mengunjungi Parkson iOi City Mall digunakan untuk membeli yang baharu pada harga potongan sebanyak 10%.

Jenama Tefal dikatakan peneraju terkemuka dalam pengeluaran seterika wap terbaik dunia.


Kali Ini Ke iOi City Mall

Makan angin atau berjalan-jalan merupakan terapi yang baik untuk diri. Tidak jadi hal kalau tidak mahu shopping...cuci mata saja pun memadai. Projek kali ini, aku dan si abang menapak jauh sedikit...iOi City Mall.

Pertama kali sampai di gedung ini. Seingatku 4 tahun lalu, tapak ini masih dihuni hutan. Disebabkan kali pertama, berputar-putar juga mencari pintu masuk ke ruang parkir.

Kebetulan pula sedang berlangsung persembahan Tarian Singa...sempat menjenguk dari Aras 1.

Sebenarnya mahu mencari Surau. Alhamdulillah jumpa juga di Aras 2.

Apa ni? Sengaja mahu mencuba menu lain daripada yang lain untuk lunch. Makan tengah hari kami di Food Junction Aras 2. Aku memilih makanan K-Pop@Korea. Nah yang ini ialah Bulgogi (sup daging lembu) yang dihidangkan dengan nasi. Kuah supnya agak pekat, di dalamnya ada hirisan daging serta banyak bawang, dan rasanya sedikit manis.


Ini pula bahan sampingan yang dihidangkan bersama-sama Bulgogi. Sayur kimchi (sedap juga!) dan kentang putar.

Dalam perjalanan balik, menyinggah pula di TESCO Ampang. Minum sekejap di Restoran Nasi Kandar Kampong Pandan (di luar TESCO).






Melunasi Rutin Pagi

Awal pagi Sabtu dimulai dengan rutin menyediakan sarapan pagi. Pastinya kegemaranku ialah sarapan ala barat. Mudah disediakan dan padat dengan khasiat. Selesai sarapan, seperti biasa rutinku ialah kerja membersihkan rumah. Rumah mesti dijaga kemas dan bersih supaya hati sentiasa tenang dan lapang.

Resipinya mudah saja...telur mata lembu (goyang), sosej keju Ayamas digoreng tanpa minyak dan kacang panggang Ayam Brand. Hiasi dengan sedikit sos cili dan mayonis.

Pembantuku yang setia.

Friday, February 13, 2015

Sala Kafe

Dingin malam disimbahi hujan...mulanya rintik yang kemudiannya menjadi lebat. Teringat Sala Kafe yang menghidangkan pelbagai menu ala Thai.

Tomyam Campur ini memang pedas berapi... tetapi apa yang ada di dalam mangkuk ini sudah cukup untuk meraih selera sesiapa sahaja.

Telur Dadar satu kemestian...macam tidak lengkap jika ia tidak ada.

Apa yang menarik tentang Daging Masak Merah ini ialah dagingnya yang digoreng agak garing dan sos masam manisnya yang cukup berperisa.

Sejambak Kasih KESPA

Tahun ini KESPA memberikan subsidi hadiah hari lahir sebanyak RM30.00 kepada setiap ahlinya. Semua sepakat membeli barangan Tupperware. Jika subsidi kurang, tanggung sendiri ya! Alhamdulillah dan terima kasih sejambak budi.

Tupperware generasi baharu yang tersedia dalam rona yang mencuit pandangan mata. Aku terpukau olehnya.

Set ini sengaja kupilih...boleh digunakan untuk membawa bekal ke mana-mana sahaja...khususnya ke pejabat!

Terima kasih kepada Nora Asyikin (ejen jualan Tupperware) yang menempahnya lebih awal...walaupun tarikh hari lahirku jauh lagi beberapa bulan ke depan.




Sunday, February 8, 2015

Misi Mencari Pembantu Rumah

Sebenarnya bukan seperti apa yang anda sangkakan apabila membaca tajuk coretan kali ini. Sekadar menambah "gadget" yang boleh membantu memudahkan urusanku di rumah. Kali ini objektif misiku tercapai apabila aku menemui "gadget" ini di Jaya Jusco Maluri.




Saturday, February 7, 2015

Aktiviti Hujung Minggu

Seperti biasa, hobi hujung minggu tentunya mencari tempat makan baharu. Tidak kiralah samada restoran murah atau mahal, gerai tepi jalan, bazar dan sebagainya. Kalau ada peluang, pasti tidak dilepaskan. Bestnya hari ini kebetulan si abang tidak bekerja, jadi bolehlah meronda-ronda cari makan!

Lokasi kali ini ialah Station Kopitiam di Fiesta Shopping Mall, Ampang. Restoran ini juga berkongsi premis dengan Restoran Mr. Teppanyaki. Menyajikan menu barat, tempatan, Asia dan fusion.

Mencuba jus mangganya yang sarat dengan perisa asli yang sedap dan menyegarkan.

Menu kegemaran si abang "Beef Teppanyaki" yang dihidangkan bersama-sama sup miso.

Semasa memilih hidangan mana yang mahu dicuba, juadah ini kelihatan enak dalam gambar yang dipaparkan pada kartu menu. Bila tiba didepan mata, memang keenakan yang divisualkan itu sama enaknya apabila dirasa. Inilah Cantonese Yee Mee.

Mengintai HONDA HR-V

HONDA baru-baru ini melancarkan produk terbaharunya yang mempunyai kehebatan tersendiri - kenderaan pacuan 2 roda SUV "HR-V". Hari ini aku menelusuri jejak ke Pusat Jualan HONDA di Ampang untuk melihat sendiri kehebatan itu.

Pusat Jualan dan Pusat Servis di Jalan Pandan Indah

Ambil gambar ni saja. Tak berani nak ambil lebih...nanti kena marah hihihi!

Antara ciri menarik keluaran kali ini ialah lampu depan LED, poket konsol dilengkapi salur USB & HDMI, 7 pemegang cawan, kamera pandang belakang, akses pintar tanpa kunci, brek parkir elektrik, paparan audio 7" sentuhan jari...macam-macam lagi!