Episod kali ini lokasinya di Pavilion KL.
![]() |
| Jejak kaki menuju Pavilion KL. Suasana semakin meriah sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Pintu masuk ke gedung ini dihiasai dengan puluhan tanglung berwarna merah garang. |
![]() |
| Sempat mengabadikan potret di pintu masuk. Ada gaya macam berada di Tanah Besar Cina ke? |
![]() |
| Malah di ruai utama Pavilion juga dihiasi dengan tanglung. Agaknya "ong" banyak dalam tahun kambing ini! |
![]() |
| Tujuan utama ke Pavilion sebenarnya mahu menonton wayang di Golden Screen Cinema (GSC). Inilah kali pertama kami berkunjung kembali ke pawagam ini sejak kembali ke KL pada Ogos tahun lepas. |
![]() |
| Jupiter Ascending (3D) |
![]() |
| Nak menonton filem 3D, perlu ada cermin mata khas! |
![]() |
| Menikmati Mango + Durian gelato sementara menunggu masa untuk memasuki panggung. Emmm sedaaaap! Rasa sejati buah! |
![]() |
| Sebaik saja selesai menonton wayang...kami terus ke Food Republic mencari makan untuk mengisi perut yang mula berkeroncong. Pilihanku kali ini ialah Laksa Sarawak. Kerinduan ditebus jua akhirnya. |
![]() |
| Sebelum balik, tidak sah rasanya jika tidak singgah di Lavender. Di sini terjual pelbagai jenis roti yang dibungkus dalam pek yang comel-comel belaka. |
![]() |
| Mini Fortune - roti mentega lembut berintikan kastad manis. |
![]() |
| Mini Cranberry Earl Grey Scone - kegemaranku. |
![]() |
| Soft Raisin Ball - lembut, berperisa dan banyak kismis di dalamnya. |












No comments:
Post a Comment