Episod kali ini lokasinya di Pavilion KL.
Jejak kaki menuju Pavilion KL. Suasana semakin meriah sempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Pintu masuk ke gedung ini dihiasai dengan puluhan tanglung berwarna merah garang. |
Sempat mengabadikan potret di pintu masuk. Ada gaya macam berada di Tanah Besar Cina ke? |
Malah di ruai utama Pavilion juga dihiasi dengan tanglung. Agaknya "ong" banyak dalam tahun kambing ini! |
Tujuan utama ke Pavilion sebenarnya mahu menonton wayang di Golden Screen Cinema (GSC). Inilah kali pertama kami berkunjung kembali ke pawagam ini sejak kembali ke KL pada Ogos tahun lepas. |
Jupiter Ascending (3D) |
Nak menonton filem 3D, perlu ada cermin mata khas! |
Menikmati Mango + Durian gelato sementara menunggu masa untuk memasuki panggung. Emmm sedaaaap! Rasa sejati buah! |
Sebaik saja selesai menonton wayang...kami terus ke Food Republic mencari makan untuk mengisi perut yang mula berkeroncong. Pilihanku kali ini ialah Laksa Sarawak. Kerinduan ditebus jua akhirnya. |
Sebelum balik, tidak sah rasanya jika tidak singgah di Lavender. Di sini terjual pelbagai jenis roti yang dibungkus dalam pek yang comel-comel belaka. |
Mini Fortune - roti mentega lembut berintikan kastad manis. |
Mini Cranberry Earl Grey Scone - kegemaranku. |
Soft Raisin Ball - lembut, berperisa dan banyak kismis di dalamnya. |
No comments:
Post a Comment