Saturday, April 28, 2012

Avengers di Pawagam




Rasanya sudah hampir beberapa bulan aku dan suamiku tidak ke pawagam, menonton wayang pada hujung minggu. Kuingat ketika aku menetap di KL dahulu, aku dan suamiku sering saja mengunjungi pawagam di sekitar KL. Apabila ada saja cerita yang menarik diiklankan di akhbar, pasti kami tidak melepaskan peluang untuk menontonnya. Kini di KK, ketagihan ke pawagam itu ternyata tidak seghairah sebelumnya. Bukannya tiada cerita yang menarik! Ada! Tetapi mungkin juga ini disebabkan oleh ada saja yang mahu atau dirancang dilakukan pada setiap kali hujung minggu tiba. Kalau tidak balik ke Tuaran melawat ibu mertuaku, kadang kami balik ke Kuala Penyu melawat ibuku, kadang juga kami hanya bersantai di rumah sambil menanam bunga, membersihkan rumah dan macam-macam lagi. Namun semalam, terdetik pula hati suamiku mahu menonton Avengers di pawagam. Katanya sudah lama tidak tengok wayang. Ya! Hajat itu tertunai pagi tadi di GSC 1Borneo. Cerita yang diadaptasi daripada komik Amerika ini pada awalnya agak perlahan dan sedikit membosankan. Hanya pada setengah jam terakhir barulah ada aksi-aksi yang mendebarkan. Padaku wayang ini kuberikan 3 bintang!


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment