Tuesday, April 10, 2012

Mahkota Bangsa Diangkat Menjadi Lagu Puisi


5 April 2012 - Berlangsung Sayembara Lagu Puisi Berkumpulan Peringkat Zon Pantai Barat yang disertai oleh 6 buah sekolah menengah. Dianjurkan bersama oleh DBP Cawangan Sabah dan Kementerian Belia dan Sukan Sabah. Peringkat saringan telah berlangsung pada 29 Mac 2012. Juara ialah SMK Kinarut menyanyikan lagu "Mahkota Bangsa" yang puisinya ditulis olehku. Tahniah atas kejayaan kalian. Puisi "Mahkota Bangsa" telah diterbitkan dalam Antologi Puisi RESAM sempena Sambutan Jubli Emas DBP (2006). Ini merupakan satu percubaan untuk berkarya yang sebenarnya jarang-jarang dapat dilakukan.

MAHKOTA BANGSA
(Aminah Awang Basar)

Tika sang mentari
mendakap mesra
bangunan-bangunan kota
sebatang pena menggores
melakar corak kehidupan.

Kita lepaskan rantaian
yang terkunci rapi
demi perjuangan
budaya bangsa.

Lihatlah lukisan zaman
yang terpelihara
bukan untuk dipandang
ia mahkota maruah bangsa
dan dasarnya akar kita
yang makin simpati.

Bergalas usaha
melafazkan kata keramat
membangunkan usaha
warisan bangsa
bangunan warisan ilmu
sepanjang zaman.

No comments:

Post a Comment