Thursday, April 12, 2012
Roti Bom di Awan Biru
Hari ini aku kembali semula ke negeri asalku setelah berjauhan dua hari atas urusan rasmi di Kuala Lumpur. Nasib baiklah mesyuarat pagi tadi berjalan lancar dan cepat. Usai segala urusanku di pejabat, aku menumpang kasih menaiki kereta teman ke KL Sentral. Niatku mahu menukar penerbangan agar awal sedikit daripada jadual yang ditempah. Alhamdulillah segala-galanya berjalan seperti yang kurencanakan. Penerbanganku tepat pada masanya. Aku agak sedikit kelam kabut dan tidak sempat mengambil makan tengah hari di KLIA. Namun aku tidak bimbang kerana di dalam penerbangan nanti akan ada hidangan yang disediakan. Menu kudapan petang kali ini ialah Roti Bom. Disajikan bersama-sama kari ayam, Hershey's Nugget, kek coklat, air mineral dan jus oren. Enak juga dimakan ketika perut lapar. Bon Appetite!
- Posted using BlogPress from my iPad
Labels:
makan-makan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment