Tuesday, September 11, 2012

Bersiaran dari Pulau Mutiara

Hari ini masuk hari yang ke-2 aku berada di bumi Pulau Mutiara (Pulau Pinang). Hari ini hari pertama tugasanku sebagai juruaudit dalam Audit Bahasa Melayu bermula di DBP Wilayah Utara. Ini juga merupakan detik bersejarah buatku kerana sejak bertugas selama 20 tahun di DBP, inilah kali pertama aku memasuki bangunan pejabat wilayah ini.


Sebaik masuk, terlihat papan tanda selamat datang yang disertai dengan rasa dingin dan aman. Suasana tenang pejabat membuatkan jiwaku juga berasa tenang. Tugasnku sebagai juruaudit sepanjang hari ini berjalan dengan lancar bersama-sama rakan audit Encik Nadin Haji Salleh. Sebaik usai tugasan untuk hari ini, petang tadi kami sepakat mencari jeruk Pak Ali yang kiosknya ada di Tesco Extra. Usaha kami ternyata tidak sia-sia. Berkat kepakaran si pemandu (Encik Mazlan) dan kecanggihan GPS ipadku, kami berjaya menemui destinasi.


Sebaik tiba di kiosk Pak Ali, lantas kuborong jeruk-jeruk yang kuinginkan. Semuanya segar-segar belaka. Tidak perlulah menyeberang ke pulau semata-mata untuk mendapatkan jeruk. Pak Ali antara orang Melayu masa kini yang mengusahakan perusahaan jeruk buah yang pastinya halal.


Sama ada siap pek atau timbang, pilih sahaja. Jeruk pala, salak, mangga, kedondong, betik dan lain-lain. Pek jeruk campur pun ada.


No comments:

Post a Comment